-PaNduaN BeRsaMa-

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

-hati dan pemikiranku ingin berkata dan bertanya...-

CINTA??? Satu ungkapan yang sukar untuk dimengertikan. Setiap orang mempunyai maksud yang berbeza tentang cinta. Apa sebenarnya cinta itu?...Seringkali kita dengar orang berkata, cinta hakiki pada Ilahi tapi berapa ramai yang benar2 menurutinya?...Kebanyakan orang bercinta untuk kepentingan dgn alasan naluri semulajadi, datang tanpa dipaksa..tapi sejauh mana kebenarannya?...

Bila kita mencintai seseorang, kita seharusnnya menjaga, menghargai , menghormati dan memelihara ‘seseorang’ itu…Tapi zaman sekarang ini, ramai yang bercinta hanya kerana nafsu semata..Perempuan sebagai bunga, lelaki kumbangnya…habis madu bunga, sepahnya di buang…Nauzubillah…


YA ALLAH peliharalah diriku agar tidak termasuk dalam tipu daya ‘hubungan yang tiada’...Hubungan yang tiada???...yap, kuar berdua macam belangkas tapi dimana kesudahannya?...benar…ada yang ke jinjang pelamin…tapi berapa pasangan saja yang berjaya mengharungi hubungan itu tanpa melebihi batasan yang sepatutnya…


-Sama-samalah kita memperbaiki diri, kerana kita tidak sempurna-

-hati ini-

Perasaan di cintai dan mencintai adalah fitrah insani...betul???...tetapi kadangkala kita tersalah tafsir perasaan yang timbul...

Macam diriku, kadang kala rasa sunyi dan rasa ingin ada seseorang disisi tapi 
kadangkala rasa hati dah diisi penuh dengan perassan tenang, dan penuh dengan rasa disayangi walaupun tiada siapa disisi..


hmmm..perassan minat dengan seseorang, minat dalam diam, minat dalam 
hati...secara tidak langsung hati rasa terisi... kadang2 terasa lucu kerana aku mewujudkan hubungan yang  tidak wujud itu...


Contohnya, kalau ada lelaki yang tanya kalau aku dah berpunya...mesti aku 
akan kaitkan 'dia'...walaupun mereka tidak tahu siapakah 'dia' itu...cuma aku 
ingin mengaitkan diriku hanya dengan dia, walaupun cuma sekadar harapan 
dihati ini...walau pun kadangkala hati rasa sakit dengan memendam perasaan 
ini...

tapi...mungkin ini ketentuan ALLAH untukku, agar aku tidak terdesak 
hendak berpasangan kerana hati dan pemikiranku telah terisi dengan 
'seseorang', walaupun mungkin aku bukanlah 'tulang rusuk'nya tapi 
sekurang2nya diri ini akan terjaga...insyaALLAH...

ku harap dapat menemui seseorang yang sentiasa dapat membimbingku agar sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayangNYA...Amin...