Assalamualaikum w.b.t... Salam Persahabatan... Selamat datang ke laman n_nuruliman...
-PaNduaN BeRsaMa-
Showing posts with label bizz. Show all posts
Showing posts with label bizz. Show all posts
me n bizz waktu kecik...
-kenangan semasa kecil-
sebelum tadika lagi saya dah mula bizz...betul...x percaya?...tanya mak saya...hihi...
dulu, mak buka kedai runcit kat depan rumah...pastu saya incharge jual air batu/ ais batu / air yang dibekukan dalam peti ais sehingga air itu beku dan menjadi keras...(x tau lah mana 1 yang betul..huhu...)...
dipanjangkan cerita, setiap kali ada orang beli 'air batu', duit akan jadi hak milik saya...masuk dalam tabung kelapa (tabung bank pertanian)...sampai lah 1 hari tabung tu tiba2 hilang...ada 'orang nakal' yang mengambilnya...so sad...
tapi x pa, bizz tetap berjalan...masa saya darjah 3 (kalau x silap...), mak buka gerai makan...masa ni seronok sangat..ramai orang yang datang beli..kadang2 orang tunggu sampai mak siap masak coz cepat sangat habis...hihi..makanan yang paling famous yang mak jual adalah mee goreng dan nasi kuning...yummy...
pagi2, b4 pegi sekolah, teman mak p pondok (design kedai makan tu macam rumah saiz kecil yang ada balkoni, balkoni tu lah tempat letak makanan yang dijual...kat dalam 'rumah'-tempat mak masak, tempat berehat, tempat solat dan tempat saya bersiap nak p sekolah)...
balik dari sekolah, lepas rehat kejap, p gerai lagi..teman mak...seronok sangat masa tu...duit syiling semua saya yang urus...siap agih2kan tabung..duit seposen, duapuluh-sen, limapuluh-sen, syiling RM1...
kecik2 lagi dah main dengan duit..hihi...
Langit x selalu cerah…
Masa saya darjah 6, kg kami terlibat dengan pembinaan jalan raya baru…so, perkampungan kami dirobohkan…masa ni perniagaan mak dah merosot…pelanggan tetap dah x da…x da pilihan…mak pun tutup gerai makan…
Pindah ke p’kampungan sebelah, mak masih teruskan bizz, tp dah x seperti dulu…untung Cuma untuk makan harian…tapi Alhamdulillah, x perlu bergantung harap pada orang lain..
Semakin hari perniagaan mak semakin merosot, akhirnya mak berhenti menjual dan bekerja…1st time dalam hidup mak kerja dengan orang semasa berumur 40thn...sedih sgt2, tapi masa tu saya x boleh buat apa2…masih seorang pelajar tingkatan 1…apa yang boleh dibuat cuma berdoa dan berharap kepadaNYA…
-kenangan masa lalu yang membuat diri bertambah tabah...insyaALLAH...
business...
9/10 daripada rezeki adalah berniaga...benar...benar...benar...
tengoklah sekeliling kita, kebanyakan orang yang ada perniagaan sendiri sahaja yang boleh dilihat memiliki rumah dan kereta yang mewah2...
tapi...kalau peniaga ada, pembeli x da..x boleh juga...kita semua kan saling memerlukan...so,kena seimbanglah....
yang rasa ada keinginan untuk berniaga, ada peluang, ada modal...maka berniagalah...beri peluang kepada yang lain untuk mengisi pekerjaan..sebab tidak semua orang memiliki kecenderungan untuk berniaga...
cuba bayangkan,kita memiliki kelebihan dan peluang untuk berniaga, dan kita berhenti dari pekerjaan yang sedia ada..bukan kah kia telah mebuka peluang pekerjaan unuk orang lain..
kemudian kita ada perniagaan sendiri, mesilah kita memerlukan pekerja...bertambah lagi peluang pekerjaan yang kita boleh tawarkan pada orang lain...
berniaga kalau dibuat berlandaskan peraturan agama, insyaALLAH akan membawa keberkatan kepada masyarakat...tapi bila dah kaya, jgn lah lupa diri...
bayar zakat dan sedekah,itu yang penting...cukai pun sama juga,kena bayar..lebih separuh daripada pendapatan kerajaan drpd cukai...so,kalau kita x jalankan tanggungjawab macam mana ekonomi negara mau seimbang...
ramai yang kata, orang kaya baru (OKB) adalah orang yang mudah lupa diri...orang yang dulu hidup 'cukup makan', sekarang dah jadi kaya, perangai akan berubah...
sombong,bongkak dan macam2 lagi yang negatif dilemparkan pada OKB...
tapi pada saya, x semua begitu...malah yang sedar diri, yang tahu asal usul, maka mereka akan cuba membantu dan menghargai orang lain..kerana mereka juga pernah mengalami keadaan yang tidak baik pada masa lalu...
tapi entahlah...bagaiman Qarun berubah setelah menjadi kaya raya...x mustahil berlaku pada masa sekarang...
apa yang pasti, dekaktkan diri kepadaNYA, sentiasa berdoa agar sentiasa dilindungi...insyaALLAH, kita akan berjaya di dunia dan akhirat...
---semoga ALLAH tidak memalingkan hatiku, setelah memberi hidayah kepadaku---
---semoga aku tidak menjadi orang yang zalim dan tidak menjadi mangsa mereka yang zalim---
Subscribe to:
Posts (Atom)