Assalamualaikum w.b.t... Salam Persahabatan... Selamat datang ke laman n_nuruliman...

-PaNduaN BeRsaMa-
-Salahkah Pilihanku-
Salahkah aku???
Adakah aku yang salah memilih kos perakaunan?
Salahkah aku kalau memang ALLAH telah membukakan pintu hatiku untuk memilih kos ini?..
Salahkah aku kalau memang aku meminati kos ini??
Tetapi kenapa mereka masih tidak henti mempersoalkannya?..
Skrg aku berada di semester akhir, insyaALLAH bulan 12 ni dah start praktikal, tetapi mengapakah mereka masih tidak bosan untuk mempertikaikan pilihanku?...dari kali pertama mendapat tawaran sehinggalah saat ini mereka tetap mempersoalkannya…kenapa?...
Aku tidak meminta pada mereka wang perbelanjaan untuk aku teruskan pengajianku..semuanya bergantung pada mak,bapa dan abangku serta duit pinjaman…tapi mengapa mereka membuatkan makku runsing,mempersoalkan kosku?..
Aku tahu,mereka bimbangkan masa hadapanku, bimbang aku jadi ‘penanam anggur’ berijazah… tapi kita tak tau apa yang akan berlaku…bukan setahun akan datang,tetapi esok pun kita tidak dapat ramal apa yang berlaku…jadi mengapa mereka mempersoalkan masa hadapan?...
Perakaunan susah mau dapat kerja…klu dapatpun kebanyakannya bukan orang kita..klu dapat kerja di bank pun,sng kena buang…lebih baik jadi cikgu…ambil kos edu,terjamin masa depan…itulah ayat yang mereka selalu perkatakan…
Samaada mereka sedar atau tidak, mereka seolah2 bekerja semata-mata kerana wang, tidak sedar kah tanggungjawab disebalik kerja itu…rasuah masa yang terdapat dalam pekerjaan itu…
Aku tidak bersalah, dan mereka juga tidak bersalah…tapi itulah hakikat hidup…terlalu mudah untuk mengkritik pilihan dan keputusan orang lain.. Adakah aku berburuk sangka pada mereka?...mungkin ya…tapi mungkin itu juga yang sebenarnya mereka rasakan…
Senang untuk mengungkapkan, tapi tidak untuk melaluinya…
ALLAH tidak akn menguji diluar batas kemampuan hambanya,ku yakin…mudah2an ALLAH menabahkan hatiku…
Semoga ALLAH membukakan ruang dan peluang untuk aku memperbaiki kehidupan kami sekeluarga dan dapat menyenangkan kedua orang tua dan keluargaku. Amin…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment