Analisis Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia selama 10 minggu
( Julai-September)
Oleh:Nurul Iman bt. Nordin
Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau dulu dikenali sebgai industrI kecil dan sederhana (IKS) semakin meningkat dari hari ke hari. Selama 10 minggu kajian berpandukan laporan akhbar, jelas dapat dilihat perkembangan pesat industri ini. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu produk baru akan dikeluarkan oleh PKS.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini juga, kerajaan semakian giat dalam membantu menaikkan industri ini dengan menyediakan pelbagai program, pinjaman dan insentif . Pada 10 julai yang lalu, akhbar melaporkan Perdana Menteri mengumumkan bahawa 174 program dilaksanakan oleh kerajaan dengan peruntukan kewangan sebanyak RM3.04 bilion. Selain itu, 17 program lain turut diperkenalkan melalui pakej rangsangan kedua dengan peuntukan 11.9 bilion membabitkan bantuan pembiayaan, meningkatkan keupayaan serta pembangunan infrastruktur.
Peningkatan jumlah pks daripada 286,755 pada 2007 kepada 597,480 tahun lalu, juga menjadi salah satu bukti perkembangan industry ini. Syarikat-syarikat dalam industry ini mempunyai daya saing yang tinggi apabila mampu untuk menembusi pasaran luar (eksport). Sebanyak 302 atau 18.3% syarikat dibawah Program penambahbaikan Penarafan Kompetitif PKS mempunyai kemampuan untuk mengeksport produk; seperti dilaporkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 17 julai 2009.
Produk-produk PKS yang semakin meningkat adalah produk untuk kecantikan dan kesihatan serta produk makanan. Pada minggu pertama kajian akhbar ini dilakukan, Pengeluar pizza buatan bumiputera (Pizza Pah Sdn. Bhd.) telah meluaskan pasaran ke tiga negara iaitu UAE, China dan Brunei.Pada minggu kedua pula, terdapat dua syarikat mengummkan peningkatan jualan produk kecantikan iaitu Positive Image Resources melaporkan jualan syarikat bagi produk yang baru dikeluarkan mencecah 10,000 unit dalam tempoh kurang daripada sebulan.manakala, RZAC Kosmetik mengunjurkan peningkatan 20% keuntungan berbanding tahun lalu.
Pada minggu ketiga, terdapat 5 buah syarikat PKS memperkenalkan produk baru, dan ada antaranya yang membuka peluang perniagaan baru kepada usahawan kecil sepertimana yang dilakukan oleh pengasas Feeko Ice Blended.Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan industry PKS, pada akhir tahun ini MARA dilaporkan akan melahirkan 10 usahawan pemasaran yang bertindak sebagai wakil jualan kepada pengeluar.
Pada awal bulan ogos, TEKUN Nasional telah mengagihkan dana sebanyak RM150 juta kepada kira-kira 8000 usahawan kecil dan sederhana di seluruh Negara. Pengagihan ini diharap dapat mengelakkan gejala along dan sebagai platform kepada usahawan untuk memperoleh bantuan segera sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hasan. Pihak swasta juga turut membantu usahawan dalam indutri ini, sebagai contoh pada 10 ogos 2009 Nestle (M) Bhd. telah membuka peluang kepada usahawan dalam pengeluaran makanan halal untuk menjadi pembekal kepada Nestle sekaligus memberi peluang kepada usahawan PKS menembusi pasaran antarabangsa. Karnival jualan pula membantu pihak-pihak tertentu untuk lebih mengenali usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk diketengahkan dan seterusnya dapat membantu usahawan ini memasarkan produk mereka, sepertiman Karnival Jualan Mega 2009 yang dianjurkan oleh MARA.
Kerajaan juga berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dikalangan siswazah dan menambah peluang pekerjaan kepada mereka menerusi program-program keusahawanan seperti Program Siswazah Perintis di bawah seliaan Perbadanan Nasional Berhad (PUNB), program ini membolehkan siswazah mendalami selok-belok perniagaan dan mendapat tunjuk ajar pengendalian perniagaan daripada mentor masing-masing.
Manakala permodelan semula SMIDEC sebagai SME Corp yang mula beroperasi pada 1 September bagi membantu kerajaan menyelaraskan dasar dan program untuk industry perusahaan kecil dan sederhana di Negara ini, termasuk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh 14 kementerian dan 60 agensi yang terbabit. Menurut Timbalan Perdana Menteri, pendekatan prestasi berasaskan penghasilan akan dilakukan dan beliau yakin pendekatan ini akan membentuk kejayaan perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang mempunyai daya saing yang tinggi.
Pada minggu kesimbalan analisis akhbar ini dijalankan, SME Corp menjangkakan sumbangan kecil dan sederhana kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan meningkat kepada 37% menjelang tahun depan berbanding 32% pada masa sekarang. Peningkatan yang ketara adalah dalam bidang pembuatan. Kajian semula program latihan akan dilakukan bagi memastikan ia benar-benar membantu usahawan. Dalam masa yang sama, usahawan mesti menyedari dan mengambil kesempatan terhadap peluang perniagaan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment