Zaman sekolah adalah kenangan paling best sekali..macam2 perkara yang berlaku…
Macam2 perkara yang dilalui dan dipelajari…
Best sangat kalau ingat waktu sekolah dulu, benarlah masa lepas adalah perkara yang paling jauh dengan kita…walau apapun yang kita buat pada masa sekarang tetap x dapat pergi ke masa lalu…
Sampai hari ni tertanya2 bagaimana satu hubungan tu boleh terjalin…macam mana boleh rapat sangat dengan orang yang kita tidak kenal…jadi bestfren, sampai ke hari ni masih berhubung walaupun x sekerap dulu…
Adakah hubungan masa sekolah ini akan berkekalan sampai ke tua?...entahlah…tapi alangkah indahnya kalau persahabatan ini berkekalan…
Tahun ni dah masuk tahun ke5 berpisah dengan kawan2…walaupun ada berjumpa, tapi tidak sekerap dulu…masa sekolah, boleh dikatakan tiap hujung minggu akan kuar sama..makan kat gerai, kdg2 kalau ada duit lebih makan lah kat restoran..huhu..x pun lepak di tembok (tgk laut), kdg2 juz kuar masuk kedai, x pun ramai2 p CC..
selepas SPM , saya masuk ke matrix, kwn2 yang lain ada yang masuk ting.6, ada yang ambil diploma dan ada yang terus bekerja…walaupun ada kawan dari sekolah yang sama masuk ke matrix, tp x rapat…so,di matrix lah permulaan mencari kawan dan membina diri…
dulu masa kat sekolah, rapat sgt dgn kwn2, mcm belangkas, rasa bergantung sangat dengan kawan2..manja, degil, sentiasa rasa betul –coz ada ramai supporter…betul ka?...
sambung study kat matrix adalah kali pertama tinggal jauh dari keluarga…dari lahad datu ke Labuan..walaupun Cuma setahun kat matrix, tapi dapat merasakan perubahan diri…dah dapat pandai kawal kemarahan, dah x se’chengeng’( kuat nangis) macam dulu…mungkin sebab jauh dari keluarga, kawan2 dan persekitran yang buatkan diri makin matang…
kini...semester terakhir di university..insyaALLAH bulan 12 ni dah masuk dunia kerja (praktikal tu kan kerja..hihi…)…walaupun kadang2 diri berperangai keanak2an tetapi rasanya dah banyak berubah dari dulu…mudah2anlah diri ini bertambah matang dengan akal yang sihat..
kawan2???...masih berhubung..itupun kat FB,FS & Tagged…inbox henpon dah jarang ada mesej dari kwn2 sekolah…masa cuti semester pun cuma beberapa kali berjumpa..
mungkin sebab saya jauh dari mereka..antara kawan2 rapat masa sekolah, saya seorang yang sambung study d utara semenanjung..kebanyakannya still setia kat sabah..yang ada kat semenanjung pun jarak lebih 5jam..mcm mana nak jumpa?...budget ‘jalan2’ x da…hihi…
nanti, bila dah ada kerja/business nak sangat jalan2 dgn kawan macam dulu…i'm waiting…
p/s: meng,inie,lisa,elfa,yanie,eila,noiey,ija dan suma2…rindu sangat kenangan kita sama2 masa sekolah dulu…jln2 masa raya adalah kenangan yang paling best…hope persahabatan kita terus berkekalan…
No comments:
Post a Comment