-PaNduaN BeRsaMa-

-hati dan pemikiranku ingin berkata dan bertanya...-

CINTA??? Satu ungkapan yang sukar untuk dimengertikan. Setiap orang mempunyai maksud yang berbeza tentang cinta. Apa sebenarnya cinta itu?...Seringkali kita dengar orang berkata, cinta hakiki pada Ilahi tapi berapa ramai yang benar2 menurutinya?...Kebanyakan orang bercinta untuk kepentingan dgn alasan naluri semulajadi, datang tanpa dipaksa..tapi sejauh mana kebenarannya?...

Bila kita mencintai seseorang, kita seharusnnya menjaga, menghargai , menghormati dan memelihara ‘seseorang’ itu…Tapi zaman sekarang ini, ramai yang bercinta hanya kerana nafsu semata..Perempuan sebagai bunga, lelaki kumbangnya…habis madu bunga, sepahnya di buang…Nauzubillah…


YA ALLAH peliharalah diriku agar tidak termasuk dalam tipu daya ‘hubungan yang tiada’...Hubungan yang tiada???...yap, kuar berdua macam belangkas tapi dimana kesudahannya?...benar…ada yang ke jinjang pelamin…tapi berapa pasangan saja yang berjaya mengharungi hubungan itu tanpa melebihi batasan yang sepatutnya…


-Sama-samalah kita memperbaiki diri, kerana kita tidak sempurna-

No comments:

Post a Comment